Friday, January 1, 2010

"SELAMAT TAHUN BARU 2010"

Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada rakan-rakan dan semua yang mengenali diri ini. Semoga mendapat lebih kerahmatan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan mendatang.

Azam tahun baru 2010
"Berusaha, Berdoa dan Bersyukur"

Berusaha - Aku akan berusaha dengan berhabis-habisan untuk aku capai apa yang aku inginkan dalam hidup ini...

Berdoa - Setiap usaha yang dilakukan itu akan kuiringi dengan doa agar ianya mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T

Bersyukur - Setiap apa yang dikurnia dan diperolehi dalam kehidupan ini mesti diterima dengan penuh rasa syukur walaupun adakalanya sesuatu yang terjadi itu bukan yang diinginkan. Ingatlah bahawa dengan semua itu aku dapat merasai erti kehidupan yang sangat indah.

No comments:

Post a Comment