Monday, January 18, 2010

'MY LOVELY FAMILY'


ni gambar aku dan family masa hari konvo aku. aku rasa akulah insan yang paling bertuah dapat family yang macam aku ada sekarang. sekarang bila dah keje ni dapatlah sikit bantu family aku. klau dulu aku hanya tau abiskan duit ma n abah jer...tapi untuk blajar je xde pkai wat yg bukan2 tau...aku akan ingat sampai bila2 pengorbanan ma n abah aku yang terlalu besar sehinggakan kurasa x dpat untuk kubalas semuanya...sekarang ni adik aku yang bongsu pun dah masuk upsi gak...apa yang aku harapkan ialah agar dia study btul2 n capai cita2 yg diimpikan...skrang ni yg aku tgah peningnya adk aku yg laki ni...suruh smbung study x nk..tp ok gak la dia keje gak tlong abah...aku tetapkan doakan dia agar sambung study n capai cita2 dia untuk jd seorang arkitek yg b'jaya n ada firma arkitek sendiri...apa yang penting aku tetap sayangkan family aku n hope segala susah senang kita dapat tempuhi bersama...

Saturday, January 16, 2010

kenangan bersama housemate di KAB


kenangan masa di kolej KAB x kan kulupakan. paling best bila setipa hujung sem buat makan2 bbq lagi..ada che mat, fekhry, asraf, e-one,sidiq n azri..

ni plak ex-roomate aku masa kat kolej. nama dia fekhry. dia baik cuma aku jer yang jahat skit. hahahah....seronok gak dapat jumpa ngan dia ni. banyak pengalaman pahit manis yang dapat dikongsi bersama. harap ko x lupakan aku ye fekhry...

miss u...


lama x dengar citer sahabat aku yang sorang ni. nama dia hasnan. aku knal dia masa kat kolej kab. pekenalan aku ngan dia memang tidak dirang tapi bagiku dialah sahabat yang banyak memberikan aku kekuatan kepada aku dalam mengaharungi seribu satu dugaan dalam hidup ini. kitorang memang serasi, banyak pengalaman hidup yang dapat dikongsi bersama.walaupun umur kitorang sama tapi aku anggap dia cam adik aku...kadang2 otak kitorang ni ada yg giler2 skit tp aku seronok sgat dapat kenal ngan dia...ku tetap doakan dia sentiasa dalam kebahagiaan, ceria n sihat walafiat...

Friday, January 15, 2010


ni plak azri, classmate yang first skali aku knal masa kat upsi..ramai gak yang cakap aku ngan dia cam adik beradik. tgok la kitorang. kenangan yang paling x dpat dilupakan bersama azri ialah dia ni suka sangat p pasar malam kat tanjung malim. masa ujan pun sanggup berpayung n berebut bas, hahaha...janji dpt p beli chicken wings n nasi kerabu. x lama lagi dia dah nk kawin. aku harap walaupun dah kawin nnt tp hubungan persahabatan kita tetap kekal buat selamanya.

mamat ni nama dia e-one. aku knal dia masa kat upsi gak. kitorang satu kelas sama cam am. dia ni skali tgok nmpak garang, tgok la gambar dia tu, tapi ati dia baik. otak pun kadang2 giler2 gak, ada je idea n cerita2 yang meletop...hope kt dapat jd kawan sampai bila2....

Saturday, January 9, 2010

TERIMA KASIH SAHABATKU...



ni Am, dia ni orang yang cool jer...tengok la cara pose dia tu...aku mula knal am masa kat upsi lgipun kitorang 1 kelas n selalu 1 group masa asimen...Am seorang yg boleh dgar masalah aku n selalu beri semangat pada aku...harapan aku pada am, semoga hubungan persahabatan kita kekal selamanya... thanks am coz sudi jd sahabat ku...

Friday, January 1, 2010






aku ni kalau senyum

memang tak bagi

orang lain menang...

hahaha...perasankan?



Me & myself


ni gambar aku masa tahun 2006... hehehe...masa ni rambut aku lebat lagi la kat depan tapi sekarang ni dah kurang...kua3.

"SELAMAT TAHUN BARU 2010"

Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada rakan-rakan dan semua yang mengenali diri ini. Semoga mendapat lebih kerahmatan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan mendatang.

Azam tahun baru 2010
"Berusaha, Berdoa dan Bersyukur"

Berusaha - Aku akan berusaha dengan berhabis-habisan untuk aku capai apa yang aku inginkan dalam hidup ini...

Berdoa - Setiap usaha yang dilakukan itu akan kuiringi dengan doa agar ianya mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T

Bersyukur - Setiap apa yang dikurnia dan diperolehi dalam kehidupan ini mesti diterima dengan penuh rasa syukur walaupun adakalanya sesuatu yang terjadi itu bukan yang diinginkan. Ingatlah bahawa dengan semua itu aku dapat merasai erti kehidupan yang sangat indah.

"Erti Hidup"

Dendangan lagu 'erti hidup'oleh dayang nurfaizah banyak membuatkan AKU terkesima apabila mendengar setiap baris liriknya. Ia membuatkan AKU terfikir pernahkah diri ini menghargai sebuah kehidupan kurniaan Allah yang tidak dapat dinilai harganya.Bila difikir dan direnung kembali, terlalu banyak saat suka duka dan pengalaman yang dilalui sepanjang menyusuri 25 tahun kehidupan ini.Ianya sangat cantik dan begitu mempesonakan umpama melihat hamparan bunga tulip yang mekar berkembang di bumi Belanda. Pelbagai warna.Merah, kuning, biru, ungu, pink, oren dan seumpamanya. Setiap warna itu mempunyai tarikannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kehidupan ini yang kita lalui dengan pelbagai peristiwa, halangan, cabaran dan dugaan yang telah membuatkan AKU lebih berani dan yakin untuk meneruskan perjalanan sehinggalah tiba saat dijemput oleh Pencipta.Semakin jauh kita melangkah, sebanyak itulah juga halangan yang perlu ditempuhi. Namun, berbekalkan keyakinan, azam dan tekad diri yang padu telah KU temui sebuah ERTI KEHIDUPAN.